lost him


hey korang-korang dan korang ..

lama tak update , actually banyak sangat cerita nak dikongsi dengan korang tau , tapi tu lah tak tahu lah nak mula dari mana ..guy's , as you know , i have pair sugar glider and i love they so much like heaven .. love much .. masing-masing ada nama , niaa for female and niek for male ..

tapi sekarang ..

sudah dua hari niek pergi .. tinggal kan kami sekeluarga , seriusly aku rindu sangat dekat dia .. hari ni jugak sudah dua syawal , aku masih tak keluar rumah .. tak-beraya , tak-bergumbira macam korang .. aku sedih dia dah takda ..

walau pun dia hanya seekor haiwan , tapi bagi aku ..he is like my son , ohh-god .. i miss him much ..
aku ingat lagi pertama kali he been adopted in this house .. aku takut nak sentuh dia sebab nampak macam petakut , mengeletar badan dia masa tu .. tapi tak lama .. lepas dua-tiga hari , dia da familiar dengan kami semua .. dan sangat rapat dengan kami .. dia sangat-sangat manja , suka di belai , suka tidur dalam genggam kami dan dalam pouch bersama niaa walaupun , dia selalu bergaduh dengan niaa ..




aku suka telatah merengek dia ..
aku sukamemanjakan dia ..
aku suka tengok dia makan ..
aku suka menjaga dia ..
aku suka semua tentang dia ..


setiap hari , sebelum pergi sekolah .. say good morning for him and niaa .. then , bila balik sekolah .. masuk dapur terus cari HPW then bagi dorang makan , dorang suka sangat bila makan , lebih-lebih lagi niaa , kuat makan .. kadang-kadang tu berebut-rebut , padahal makanan tu banyak lagi --' lepas perut masing-masing kembung , kita main pulak .. sampai letihh , kan ?
niek/niaa , you're like a rainbow in our lives .. 

sabtu lepas 28082011 ..
bibir niek berdarah , masa tu ingat kan tak teruk , tapi tengok kesokkan-nya , makin teruk .. nak hantar vet , tapi klinik mana bukak hari ahad , kan ? terpaksa lah tunggu hari isnin (last puasa) bila dah hantar , doc kata dia okay , just bagi ubat , nanti niek OKAY .. tapi kesokkannya lagi .. tengok bibir dengan lelangit dia habis rosak , bernanah .. dia nak makan pun , tak boleh .. aku tahu , mesti perit ...

then kami pun pisah kan dia dengan niaa , sebab taknak dia gaduh dengan niaa lagi .. tapi bila dipisahkan dua-dua mencari antara satu sama lain .. but , is okay baby .. nanti bila niek da baik korang boleh tidur sama-sama lagi ,okay :DD i promise that ..

selasa 30082011 ..
makin hari makin teruk , pagi-pagi tidur dengan abang .. dia nampak lemah sangat .. ekor pun da tak simpul-simpul macam selalu .. lembikk je .. hati aku da tak senang da .. tapi takpe , pujuk hati .. is okay , niek akan sihat .. lepas abang belai-belai dia , bagi dia juice yang baru beli dekat petshop tadi ..

dia nampak lain ..dia lemahh sangat , letak dia dalam cage dan bagi dia main dengan niaa .. yes ! masa tu nampak sangat dia rindu dekat niaa lepas kami pisahkan mereka sehari .. niek peluk niaa dan dalam sekelip mata niek terus kaku , niaa pulak da jauh kan diri dari niek .. ingatkan dia tidur , tapi bila sentuh badan dia , keras , pucat ..

niek bukak lah mata , tolong lah ... niek .. dia tetap kaku , masa tu aku da tak boleh tahan airmata aku jatuh..harap sangat dia bangun , tapi takda respon .. lepas tu aku dengan abang terus tanam dia , tanam bawah pokok mangga .. aku harap dia tenang .. moga di akhirat nanti kita jumpa lagi ..

niek ,
hati aku pedih sangat bila tengok niek sakit macam aku dapat rasa apa yang dia rasa..
pedih , tengok dia dalam menahan kesakitan , dan pedih sangat tengok niek peluk niaa buat kali terakhir..

lepas aku korek tanah untuk persemadiaan niek , aku terus cium dia .. belai dia buat kali terakhir ..
dalam hati aku masih berharap dia bangun , tapi dia tetap kaku macam tu .. pucat .. aku perlu kan seseorang untuk meluah .., kebetulan fara call , aku cerita semua dekat fara , sambil menangis-nangis .. masa tu aku sedihh , terlalu sedihh ..

niek . 
aku kesal sebab tangan aku sendiri yang mengorek tanah tu ..
aku kesal sebab tangan aku sendiri yang meletakkan dia di liang tu ..

You have no parts, you only one here .. 
I miss you always .. 
do you feel what I feelin my heart ishope a while later we meet again .. 
and then also I understand you

i got mydashboard back !



si pengila kasut ..


kasut sentiasa membuat aku gila ...
kau ada ?

tu lah tu , minat-minat juga tapi jarang memakai nya ..

kite suka ..



haihh ..


okay , seriusly dunia aku da tungang-terbalik ..
tahu kenapa ? *cer-tanya kite , cer-tanya kite .. 
haa.. nih semua gara-gara takut dengan spm .. 
pantang keluar rumah 'eh,kau spm kan' , 'jaga kau kalau spm tak lulus *kejamm !!
tu sebab aku takut .. bila takut , hotak celaru .. bila celaru .. jadi takut lah --' 

oh-mey-gosh ..
oh-mey-gosh ..
oh-mey-gosh ..

okay , bye ..

friend's ..


i miss you girl's ..
never be replaced ..

celebrate sana sini ..


assalamualaikum beb's ..
eerr ... lama da tak update *kekok ... , rindu-rindu tapi malas nak update ... haha
so beb's , how are you ? aku oTeyyy tangaaTTTT .... *seperti selalu takde siapa tanya .. 
sekarang nih da bulan august , da nak akhir puasa da pun .. itu semua orang tahu kan-kan ..
so korang , da habis satu country kau borong ? haha ..
mesti tak sabar nak raya kan ? yelah , semua baru-baru belaka .. *cish , tak cemburu pun , kite pun ada ..



dan satu lagi , hari kemerdekaan jangan lupa .. kang merajuk pulak 31 august tu *ada ke --' ? ..
siapa susah ? anda-anda dan anda juga yang susah kan-kan ..
so , jangan lupa daratan .. hiporkrit pun jangan ..*kalau sikit takpe :D .. (TeeHee)
korang balik kampung tidak ? *untung lah balik kampung ..
aku tak balik punnn , yelah-yelah .. adik-beradik , mama-ayah busy jerr .. 
tapi takpe , aku tak kesah .. lagi pun da lama tak merasa raya dekat Keyyy-eLLL *mengada-nya ..


raya-raya juga , merdeka pun merdaka jugaa ..
habis spm macam mana pulaa ? errrrrrr............... *tiada jawapan untuk itu ...
nih yang tak gemar nih .. haihh ~~ hape lah nasibb diri ku yang *okay stop , nanti tsunami pulak  ..
aku boleh ! aku boleh !! kita semua boleh !!! Go babeh Go ~~
wwwuuuuu , hebat-nya semangat .. kang dalam kelas , semua mengalir kan air mata ungu *ada ke --'? ..

okay bye - *buka buku ..

tentang sugar glider





Origin Class : Mammalia
Subclass : Marsupialia
Order : Diprotodontia
Suborder : Phalangerida
Superfamily : Petauroidea
Family : Petauridae

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua NewGuinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi,mereka adik beradik kangaroo, 

pada yang sugar glider betina .. dia ada kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi.Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lambat laun dia boleh adapt dengan environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood,sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil.

Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar gliderboleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. 

Bayangkan , 
kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara
secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lama-nya. 

Memang disuggest untuk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pun boleh. Janji korang kena luang masa dengan dia. Dia ni juga dikenali sebagai pocket-pet, sbb korg leh simpan dia dalam pocket korg sambil bawak jalan-jalan.biarkan dia tidur dalam poket korg pun dikira sebagai luang masa dengan mereka.

newbabies !



welcome my newbabies !!
anda sangat-sangat comel  lagi bersih lagi suci ..
TeeHee :DD



kasih seorang anak pada ibu nya


20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnyacomel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang.Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik..


Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang.


 Ali terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Yasmin 2tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu.Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah.Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin.Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.

Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.


Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya?Saya rindu sekali pada mama!"Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya,"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik." "Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga.

Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.


 Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!.. Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?" "Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. 


Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu.

Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenalim potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari...


Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami.

Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.


Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini.

Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah."Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia.

Dia meninggal di belakang pondok ini.tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana.


Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar.Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

blog


betul-betul sayang kan blog saya nih .. 
tak nak kehilangan awak ..