tentang sugar glider





Origin Class : Mammalia
Subclass : Marsupialia
Order : Diprotodontia
Suborder : Phalangerida
Superfamily : Petauroidea
Family : Petauridae

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua NewGuinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi,mereka adik beradik kangaroo, 

pada yang sugar glider betina .. dia ada kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi.Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lambat laun dia boleh adapt dengan environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood,sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil.

Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar gliderboleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. 

Bayangkan , 
kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara
secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lama-nya. 

Memang disuggest untuk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pun boleh. Janji korang kena luang masa dengan dia. Dia ni juga dikenali sebagai pocket-pet, sbb korg leh simpan dia dalam pocket korg sambil bawak jalan-jalan.biarkan dia tidur dalam poket korg pun dikira sebagai luang masa dengan mereka.