kenapa ?


kenapa aku tak hebat macam kau ? 
kenapa suka sakit kan hati aku dengan kata kata sinis kau ?
 apa salah aku dekat kau ?
kenapa  macam tu ?
kenapa angkuh ?


ya aku sedar aku tak hebat macam kau
aku bukan anak yang boleh diharap macam kau
ya aku sedar aku tak hebat macam kau

iluvislam.com



hey guys..hari kan macam biasa aku akan pusing pusing blog orang..dari satu blog ke satu blog..now..sampai satu blog nih..aku teharu sangat baca blog tu..aku ada copy satu entri dia...so kita enjoyy~~~
ya allah ,, aku mahu berubah
Aku berasal dari keluarga yang serba sederhana.
Alhamdulillah, aku dilahirkan oleh ibuku yang beragama Islam.
Aku diberi didikan yang sempurna dalam pelajaran.
Namun, aku kekurangan satu perkara yang amat besar dan penting buat diriku, iaitu didikan agama.
Bukan maksudku ibu dan bapaku tidak mendedahkan langsung mengenai agama Islam kepadaku.
Mereka mengajarku cara mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan perkara-perkara asas yang perlu aku tahu sebagai seorang Islam.
Akan tetapi, kami sekeluarga tidak mengerjakan ibadah yang terpenting sebagai hamba-Nya, iaitu solat yang merupakan tiang agama.
Lalu aku membesar sebagai seorang yang boleh dikatakan bijak dalam pelajaran, tetapi tidak mengerjakan solat.
Sewaktu bulan Ramadhan, kami sekeluarga berpuasa, kami tunaikan zakat, tetapi kami tidak menunaikan solat. Bapa dan abangku yang sepatutnya wajib menunaikan solat Jumaat, tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hari demi hari, kami hanyut dengan kenikmatan dunia.
Kakakku yang sudah menjadi seorang remaja,kini mula membuka auratnya. Memakai pakaian yang ketat, nipis dan menampakkan bentuk tubuh serta tidak memakai tudung sepertimana digariskan syariat.
Pergaulannya pula semakin bebas walaupun berkali-kali ditegur oleh kedua ibubapaku.
Hari demi hari, aku juga meningkat dewasa. Kini, aku berada di sekolah menengah.
Aku sentiasa menjadi pelajar terbaik tingkatan di sekolahku. Aku gembira kerana dapat membanggakan keluargaku terutamanya ibu dan bapaku.
Oleh kerana suasana kampungku di mana remaja-remaja bergaul bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya, aku juga sebagai hamba Allah yang amat jahil tidak lepas daripada melakukan perkara yang sama.
Aku tidak menutup aurat dengan tidak memakai tudung. Kawan-kawanku pula ramai yang memakai tudung, akan tetapi memakai pakaian yang ketat dan berlengan pendek.
Suatu hari, aku dan kakakku menyertai sebuah kelab kesenian dan kebudayaan, di mana kami semua diajar pelbagai jenis tarian tradisional yang terdapat di Malaysia.
Kami berdua semakin bergiat aktif dalam bidang ini dan melakukan pelbagai persembahan di seluruh Malaysia.
Aku dan kawan-kawanku sangat rapat antara satu sama lain, boleh dikatakan kami sudah seperti adik-beradik.
Namun, semasa aku berada di Tingkatan 4, aku tidak terlibat lagi dalam kelab kebudayaan itu. Semakin lama, aku semakin tertarik dengan imej bertudung.
Lalu aku mula memakai tudung dan memakai pakaian yang berlengan panjang. Walaubagaimanapun, aku masih tidak mengerjakan solat.
Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Aku amat gembira kerana aku sebenarnya seorang yang sangat pemalas dan tidak suka mengulangkaji pelajaran.
Kemudian, aku mendapat tawaran ke sebuah kampus sebagai pelajar program satu tahun jurusan Sains Fizikal. Aku menerima tawaran itu.
Dan memang inilah takdirku.
Aku mula tertarik dengan keindahan Islam.
Ramai sahabat-sahabatku yang menutup aurat dengan sempurna dan mengerjakan ibadah solat di masjid.
Kehidupan di sini memang berjaya mengubah diriku menjadi seorang hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya.
Aku mula mengerjakan solat. Memakai tudung yang labuh menutupi dada, sesuai dengan syariat Islam.
Aku bangun jam 5 pagi supaya aku sempat mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid. Solat berjemaah juga semakin hari semakin ku gemar melakukannya.
Solat Maghrib dan Isya' juga ku tunaikan secara berjemaah di masjid.
Pendek kata, jika aku berkesempatan untuk ke masjid, aku akan solat berjemaah di sana.
Aku sentiasa berusaha menambahkan ilmuku mengenai Islam.
Aku amat bersyukur kerana diberi hidayah dan dibukakan pintu hatiku.
Kini aku sedar, betapa indahnya Islam itu dan betapa mudahnya perintah Allah yang mesti kita laksanakan sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk mengerjakannya.
Namun, aku juga berasa sedih yang amat sangat. Aku bakal meninggalkan kampus yang telah meninggalkan banyak kenangan dan kesan terhadap diriku.
Aku mula berasa bimbang.
Bimbang jika diriku terpedaya lagi dengan hasutan syaitan memandangkan keluargaku masih seperti dulu. Aku pulang juga ke rumahku.
Aku menjangkakan, dugaan demi dugaan terpaksaku tempuhi.
Aku amat sedih kerana aku takut keluargaku tidak dapat menerima diriku jika aku menyatakan hasratku untuk berubah. Berubah dengan sentiasa memakai tudung labuh dan ke masjid untuk solat berjemaah.
Aku sangat mengerti akan perangai mereka yang mudah salah faham jika perkara itu melibatkan agama. Aku hanya mampu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada mereka, terutamanya kepada kedua ibubapaku.
Setiap hari, aku hanya mampu menangis mengenangkan nasibku ini dan berdoa agar Allah mempermudahkan jalanku untuk beribadah.
Semoga suatu hari nanti, aku mampu menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjuang demi Islam yang tercinta. Pergilah wahai syaitan-syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia!
Ya Allah, Kau bantulah aku dalam perjuanganku untuk menjadi pejuang agama-Mu. Allahuakbar!

hey holiday


hey guys..whatsup ? hee..

da holiday nih..tapi holiday untuk budak budak sekolah je lah dan pelajar u..yang berkerja tu..harap anda faham..hukhukhuk..so guys..holiday nih p mana ? takat duduk rumah je kot ?..grr~~~~~
beseng lah

actually kan sekarang da nak penghujung cuti tau..aku je y tak ber update sangat sekarang nih..sedih nya..tapi apa boleh buat..malas punya pasal lah nih..cukup cukup jangan nak banyak beseng..aku bukan nya apa , aku tak tahu nak type ape sekarang nih..

bytheway cuti nih aku balik kampung.maklong anak pada toksu aku nak kawen..(da kawen da pun) laki dia tu..haih sangat tak sopan panggil beliau macam tu..okayokay...suami maklong aku tu sporthing habis tau..habis semua kaum keluarga aku suka dengan dia.sebab perangai dia yang happy , suka melayan tu kot yang orang senang berkawan dengan dia..

lepas habis kenduri tu...wait wait..nih aku nak bagitahu..dalam kenduri tu, kami sendiri y kendali kan majlis tu..di pendek kan cerita kami jadi askar sukarela bergaji toksu..haa..jangan main main tau..ada gaji tau tau..lagipun , sepanjang 3 hari tu memang seronok..dari persiapan,nikah,sanding..semua best..

oh ya,maklong , paklong baru .. semoga wedding korang kekal sampai berpinak pinak.okay :DDD

dan jugak pada seluruh keluarga aku..aku bersyukur sangat dapat korang..walaupun..korang semua otak kuning !!! otak !!! otak !!! otak kotor seh~~ hahaha

 iloveyoudamnmuch lah
by the way gambar aku tak masuk kan..
sorry okay..malas lah nak masuk kan..
hee

obses dengan novel


ya ya ya saya memang obsesssssssx dengan novel..pengemar buku tebal, saya sanggup , tak makan , tak mandi , tak BER-facebook , takBER-blog , tak BER-ganjak dari katil , tak BER-hangout..sebab tersangat minat sama novel , tak BER-BOyFIE pun saya tak heran lah..apa ada hal , right :DD

sejak saya..oi oi..sejak bila aku pandai bersaya nih ? spoil lah .. okay okay , sambung lagi , sejak umur aku 12 tahun aku da mula baca novel..takda pengaruh tau..memang sendirian berhad..hukhukhuk..

 

dan bila pertama kali da bace buku nih terus melekat dihati tau..haa..bukan dekat dihati tp meletak terus..hebat tak ?tp meletak kat hati aku lah..kalau tak meletak kt hati korang tu ..korang punya pasal lah..aku ingat lagi buku pertama aku baca.tajuk dia ombak rindu..nak tengok click sini..da banyak kali aku baca buku y satu nih..sampai da faham jalan cerita dengan dialog dia..err , tapi tak semua aku hafal lah..heee..

so now,bila aku dapat tahu cerita ombak rindu tu bakal di tayangkan dekat tv3.insyaallah tahun ni lah..SUMPAH aku too excited gilak tau..tapi kalau di banding membaca dengan tengok dekat tv..lain rasa nya tau..kalau membaca kita boleh rasa pelbaga konflik..tp kalau tengok dekat tv lain sikit rasa nya..

takpe takpe , tak kesah lah weii~~
aku da tak sabar nak tengok tau...

bieber bieber bieber !!


iLOVELOVELOVELOVEyou justinBIEBER
 and
your new hair style 
<333