menyemai dan menuai


Ramai kalangan bijaksana mengatakan bahawa orang yang selalu mencari - cari aib orang lain bagai lalat yang hanya akan hinggap pada yang busuk. Dan orang mulai dijangkiti kata "akan tetapi", sehingga setiap kali mengatakan tentang seseorang selalu sahaja diawali: "Ada kebaikan dalam dirinya, akan tetapi...." Perhatikan apa yang dikatakan selepas "akan tetapi" itu, yang pasti kritikan, menyalahkan, dan pandangan yang menjatuhkan.

"celakalah setiap pengumpat lagi pencela"  (surah Al-Humazah: 1)

"yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai))." (surah Al-Qalam : 11)

"dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain." (surah Al-Hujurat : 12)

Kebahagiaanku dan kebahagiaanmu itu terletak dalam bagaimana membahagiakan orang lain, bagaimana mewujudkan kegembiraan pada diri mereka dan bagaimana menempatkan potensi, kemampuan dan kebaikan mereka. Sejauh perhatian "penulis", semakin kita menghormati, memerhatikan dan mengakui kebaikan orang lain maka semakin besar pula penghormatan, perhatian dan pengakuan mereka terhadap diri kita.

"sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk)." (surah An- Naba': 26)

Bolehkah dikatakan orang cerdik dan ingin dihormati orang lain sementara dia sendiri menghendaki orang lain hina dan menderita? Tentu sahaja tidak cerdik.