
hey korang..korang penah dengar perkataan keling ?? da tentu tentu pernah kan ??tapi korang tahu tak ape erti perkataan yang satu tu ?? pada yang tak tahu mai mai hari ni aku kan cerita dekat korang apa erti perkataan tu..heee..pada yang da tahu tu amal kan yang terbaik ya ?? ;Dselalu nya korang korang dan korang guna perkataan ni untuk kaum india kan ? jadi renung renung kan lah..
Perkataan keling selalu diguna untuk masyarakat India..lebih lebih lagi pada orang yang mulut macam puaka tu..tapi korang tahu kan istilah ini dianggap menunjukkan rasa tidak hormat kepada masyarakat India di Malaysia. Ada individu yang menyamakan istilah ini seperti nigger untuk masyarakat Amerika Afrika..betul kan ??dan jugak ! peribahasa seperti janji keling misalnya digunakan oleh masyarakat berbahasa Melayu untuk merujuk kepada orang yang suka berbohong, memberi kenyataan yang bercanggah dan mereka yang tidak tetap pendirian.
contoh nya :: hey kau ni mulut macam keling lah...cakap belit belit !!
see??mesti ada korang cakap macam tu kan kan ?? eleh..jangan menafiakan kebenaran ya kawan kawan..jadi..balik pada cerita...
Perubahan perkataan keling daripada istilah umum bagi kaum India bertukar menjadi satu istilah yang dianggap menghina bermula semenjak 1963. In terbukti dengan perubahan istilah orang Keling kepada orang India dalam buku Cherita Jenaka yang diterbitkan 1960 dengan Cherita Jenaka yang diterbitkan pada 1963 [9]
Kemungkinan perubahan ini disebabkan orang India sendiri memandang rendah mereka yang berasal dari India Selatan dan tidak mahu dikaitkan dengan panggilan keling. Kemungkinan yang lain adalah dari segi sejarah, kebanyakan pendatang dari India yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai keling. Oleh itu apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi, mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas bawahan.
Usaha utama menghalang penggunaan "keling" dalam bahasa Melayu diketuai oleh Angkatan Pelopor India Muslim (APIM). [1]
Walau apapun punca asalnya, perkataan keling kini tidak digemari oleh kaum India di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di Indonesia dan Malaysia istilah atau perkataan "keling" sering dianggap satu kata makian dan sepatutnya di[guna]]kan dengan hati-hati.
Kontroversi ini tambah menyala apabila Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan perkataan asal "keling" dan ditambah dengan beberapa perkataan penambah seperti keling kapal karam dan keling mabuk todi. Sudah tentulah sebarang perkataan asal, apabila ditambah perkataan tambah negatif akan memberi gambaran negatif kepada makna asal keling tersebut.