zodiak




BINTANG
 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung;

7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~

biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~

di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata)

: apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan).dan garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj; 2. gambar rajah mintakulburuj yg digunakan dlm ilmu nujum.

VIRGO
lambang keenam dlm zodiak, yg berlam­bangkan perempuan muda.
TAURUS
lambang kedua dlm zodiak, yg berlam­bangkan lembu jantan.
SKORPIO
lambang kelapan dlm zodiak, yg berlambangkan kala.
SAGITATIUS
lambang kesembilan dlm zodiak, yg berlambangkan sentora sedang melepas-kan anak panah.
LIBRA
lambang ketujuh dlm zodiak, yg ber­lambangkan neraca.
KAPRIKORN
lambang kesepuluh dlm zodiak, yg berlambangkan kambing berekor ikan.
GEMINI
lambang ketiga dlm zodiak, yg ber­lambangkan budak kembar.
ARIES
lambang pertama dlm zodiak, yg berlambangkan biri-biri jantan.
AKUARIUS
lambang kesebelas dlm zodiak, yg berlambangkan orang sedang menuang air.
PISES
lambang kedua belas dlm zodiak, yg berlambangkan dua ekor ikan.
LEO
lambang kelima dlm zodiak, yg berlambangkan singa.
KANSER
lambang keempat dlm zodiak, yg berlambangkan ketam.
horoskop
  • gambar rajah kedudukan bintang-bintang dua belas (zodiak) utk tujuan meramal nasib masa depan seseorang; 
  • ramalan ten­tang masa depan seseorang berdasarkan kedudukan bintang-bintang ketika dia dilahirkan. 
MINTAKULBURUJ
Ar garisan melengkung kha­yalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian dan tiap-tiap satu dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, zodiak.